Catatan

Pengalaman Meninjau Kesan Banjir Besar di Johor 2006-2007

Mengimbau Meriam Malim Deman di Segamat, menyusuri Sungai Muar ke Kota Benyan dan menziarahi Makam Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor. Saya terlibat sebagai anggota Briged Bencana IPTA (UKM) dan sebagai Jurufoto Rasmi untuk Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Kesan Besar Johor 2006-2007 peringkat UKM. Jawatankuasa ini terdiri dari pakar-pakar dalam agama Islam, sains, kejuruteraan, ekonomi, pendidikan, undang-undang,psikologi. Perhatian: Catatan dalam blog ini disusun semula dari laman web asal : Catatan Misi banjir Johor Lihat artikel yang berkaitan < sila klik >

Tinjauan saya

Imej
TINJAUAN PERTAMA: 7 Januari 2007- Bukit Kepong,Muar TINJAUAN KEDUA: 20 Januari 2007- Kundang Ulu,Muar TINJAUAN KETIGA: 27 hingga 29 Januari 2007- Segamat, Batu Pahat dan Muar. TINJAUAN KEEMPAT: 18 hingga 20 Februari 2007-bersama keluarga ke Muar dan Segamat. TINJAUAN KELIMA: 25 Februari 2007-Kota Tinggi. Siapa mahu mengalami bencana? Tiada siapa yang inginkan bencana berlaku. Sebab itu setiap umat Islam berdoa agar dijauhi segala mara bahaya. Namun tidak ada sesiapa yang mampu mengelak dari bencana itu berlaku. Kebiasaannya bencana akan datang secara tiba-tiba. Samaada semasa tidur, bertugas atau apa saja yang kita lakukan. Kita boleh berusaha untuk mengelak agar bencana buruk tidak menimpa kita. Berdoa tanpa usaha itu tandanya kita tidak "bertawakal". Namun berdoa dan berusaha namun bencana itu datang juga, maka itulah dinamakan "takdir" Justeru, ayuhlah kita berusaha agar bencana tidak datang lagi. ingatlah pesan pemimpin negara, in

Anak Menantu Di Luar Johor Jadi Panik

Imej
19 Disember 2006 - Jam 1 petang isteri saya menelefon kakaknya di Muar. Dia menarik nafas lega kerana rumah kakaknya tidak terjejas kerana banjir. Isteri saya bimbang kerana rumah kakaknya terletak berhampiran sebuah parit besar. Hari yang sama, jam 8 malam siaran TV menyiarkan berita " Segamat lumpuh". Saya menghubungi biras saya. "Ya rumah kawan (bahasa orang Segamat dan Pahang) naik air jam 3 pagi tadi. Dua kereta tenggelam.Satu kereta anak kawan. Saya terbayangkan bagaimana keadaan Bandar Segamat waktu itu. Esuknya siaran TV menyiarkan orang ramai mengambil barang-barang dari pasaraya yang teremdam air banjir. Mana tidaknya Segamat boleh lumpuh, di kawasan banjir terdapat pusat komersial seperti bank yang menempatkan mesin-mesin ATM, Tabung Haji (LUT), kedai makanan segera, kedai serbaneka lagi. Jalan yang ditutup merupakan jalan utama Segamat ke Yong Peng. Jam 8.30 malam saya menghubungi anak saudara di Kluang yang tinggal di Jalan Kluang ke Mersing "Ok Paksu,

Pengubat Gundah Gulana

Imej
Di sebuah rumah saya melihat seperti ada keramaian. Sebenarnya tidak. Mereka berkumpul anak menantu bersama Sukarelawan UKM mengemas rumah. Ketika berkumpul untuk mengambil gambar sebagai kenangan bersama Sukarelawan UKM seorang wanita bertanya saya dalam slang Jawa " Ini mahu masuk TV mana Encik?" "Saya pun tak tahu nak masuk ke TV mana, sebab saya tengok semua TV kat rumah ni dah habis terendam...agaknya dah dua minggu tak tengok TV ye?" balas saya bergurau. Mereka ketawa. Fikir saya mungkin ini sudah boleh menghiburkan mereka. Setidak-tidaknya Hari Raya Aidilfitri kelak bila saya mahu ke Segamat dapat singgah untuk menyampaikan gambar hari ini.

Menjengah Makam Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor.SELEPAS BANJIR: Mengubati perasaan insan yang derita.....

Imej
Tiga ratus lapan tahun lalu di tanah inilah berlakunya pertumpahan darah seorang sultan yang dibunuh oleh laksamananya ketika menuju ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Sultan sempat menikam laksamananya Megat Seri Rama. Peristiwa tragis ini berlaku kerana Megat Seri Rama berdendam kepada Sultan Mahmud Shah II yang membunuh isterinya Dang Anum kerana memakan nangka kegemaran baginda. Ketika itu Dang Anum sedang mengidam buah nangka kerana sedang mengandungkan anak Megat Seri Rama. Megat Seri Rama yang terkenal sebagai Laksamana Bentan telah dipercayai dikebumikan di tebing Sungai Kota Tinggi di Kampung Kelantan, Kota Tinggi. Kampung ini dilanda banjir besar sebanyak dua kali ketika banjir besar 2006 dan 2007 lalu. Walaupun kisah Sultan Mahmud Mangkat Dijulang merupakan kisah yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada penulis kerana tiga puluh dua tahun lalu pernah berlakun sebagai Qadam Sultan di pementasan teater sekolah, namun kedatangan pada 25 Februari lalu ke Kota Tinggi bu

Selepas dua bulan Johor dilanda banjir besar.- Benarkah wujud "Meriam Malim Deman" sehari sebelum banjir besar melanda Segamat?

Pada 18 hingga 20 Februari penulis membawa keluarga balik Muar. Tiba di pagoh kami ke Kampung Kundang Ulu. Sempat bersolat Asar dan sempat bertemu dengan Imam Masjid Kundang Ulu. Imam tersebut seronok menceritakan majlis pelancaran Kampung Angkat UKM pada 17 Februari 2007. Penulis pernah ke kampung tersebut pada 20 Januari 2007 merakam gambar Briged Bencana IPT-UKM membersihkan rumah penduduk-penduduk di situ. Justeru penulis kenal dengan Imam tersebut. 19 Februari saya menyusuri Jalan Muar-Pagoh ke Segamat. Hujan turun amat lebat pada hari tersebut. Kami sekeluarga bersama sebuah lagi kereta yang dipandu oleh anak saudara isteri, seperti mengambil risiko kerana pada tanggal tarikh tersebutlah banjir besar telah melanda Segamat. Penulis sempat bertemu seorang peniaga cina yang masih menyambut kemeriahan Tahu Baru Cina di Bukit Kepong. Peniaga cina itu menunjukkan beberapa keping gambar semasa banjir melanda pekan kecil Bukit Kepong. Pukul 3.45 petang kami tiba di Bandar Segamat. Masih