Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Catatan penulis sewaktu kali pertama ke tempat dilanda banjir

Imej
Tanggal 23 Disember 2006 jam 10 malam, Kampung Batu 30 Bukit Kepong, Muar, Johor hujan turun agak lebat. Hj. Abd. Rahman Md. Asip turun ke halaman rumahnya dan mendapati air sudah setinggi 12.5 cm. Hj. Abd. Rahman berdoa agar air tidak terus naik. Namun hati beliau sudah gusar memandangkan keadaan di Segamat diberitakan telah berlaku banjir besar yang menyebabkan Bandar Segamat lumpuh sama sekali. Jarak 150 meter dari rumah pesara guru ini terdapat Sungai Muar yang membawa air dari Daerah Segamat. Kedengaran airnya sudah laju. Keadaan ini mencemaskan beliau ketika kenderaan berat yang melalui Jalan Muar ke Bukit Kepong dan ke Segamat itu menyebabkan terjadinya gelombang menghempas tangga batu rumah Hj. Abd. Rahman. Air semakin tinggi menjelang tengah malam sehingga mencecah tiga anak tangga batu rumah beliau. Cikgu Hj. Abd. Rahman semakin cemas mengenangkan nasib beliau, isteri dan seorang anak perempuannya. Akhirnya 24 Disember 2006 menjadi kenyataan apabila halaman rumah, jalan raya