19 Disember 2006- Jam 1 petang isteri saya menelefon kakaknya di Muar. Dia menarik nafas lega kerana rumah kakaknya tidak terjejas kerana banjir. Isteri saya bimbang kerana rumah kakaknya terletak berhampiran sebuah parit besar.
Kajian Banjir Besar Johor-Sudah terbit.
Dapatkan pautan
Facebook
X
Pinterest
E-mel
Apl Lain
Ketika saya menerima arahan untuk ikut serta misi para penyelidik peristiwa banjir besar Johor 2006-2007 hati saya masih berbaur sayu.
Mengimbau Meriam Malim Deman di Segamat, menyusuri Sungai Muar ke Kota Benyan dan menziarahi Makam Laksamana Bentan di Kota Tinggi, Johor. Saya terlibat sebagai anggota Briged Bencana IPTA (UKM) dan sebagai Jurufoto Rasmi untuk Ahli Jawatankuasa Penyelidikan Kesan Besar Johor 2006-2007 peringkat UKM. Jawatankuasa ini terdiri dari pakar-pakar dalam agama Islam, sains, kejuruteraan, ekonomi, pendidikan, undang-undang,psikologi. Perhatian: Catatan dalam blog ini disusun semula dari laman web asal : Catatan Misi banjir Johor Lihat artikel yang berkaitan sila klik >
TINJAUAN PERTAMA: 7 Januari 2007- Bukit Kepong,Muar TINJAUAN KEDUA: 20 Januari 2007- Kundang Ulu,Muar TINJAUAN KETIGA: 27 hingga 29 Januari 2007- Segamat, Batu Pahat dan Muar. TINJAUAN KEEMPAT: 18 hingga 20 Februari 2007-bersama keluarga ke Muar dan Segamat. TINJAUAN KELIMA: 25 Februari 2007-Kota Tinggi. Siapa mahu mengalami bencana? Tiada siapa yang inginkan bencana berlaku. Sebab itu setiap umat Islam berdoa agar dijauhi segala mara bahaya. Namun tidak ada sesiapa yang mampu mengelak dari bencana itu berlaku. Kebiasaannya bencana akan datang secara tiba-tiba. Samaada semasa tidur, bertugas atau apa saja yang kita lakukan. Kita boleh berusaha untuk mengelak agar bencana buruk tidak menimpa kita. Berdoa tanpa usaha itu tandanya kita tidak "bertawakal". Namun berdoa dan berusaha namun bencana itu datang juga, maka itulah dinamakan "takdir" Justeru, ayuhlah kita berusaha agar bencana tidak datang lagi. ingatlah pesan pemimpin negara, in...
Ulasan